Isnin, 8 Februari 2010

PENDIRIAN HARAM MUTLAK PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH OLEH BUKAN ISLAM

WARGA MELAYU:

Warga Melayu adalah sebuah badan NGO dibentuk atas nama; Islam melayu, malayu Islam (WARGA MELAYU) didaftarkan mengikut undang-undang Malaysia bagi tujuan membangun satu warga yang tetap dalam kehidupan berpegang teguh kepada Agama Islam berteraskan Aqidah, Syariat, Akhlak, Pengorbanan Diri dan harta berdasarkan Al Quran ,Hadis,Ijmak dan Qias berdiri atas Mazhab Rajih:Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Pendirian warga Melayu berpegang teguh dengan amalannya mengharamkan penggunaan kalimah Allah oleh orang-orang bukan Islam kerana memelihara Aqidah dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum.

Warga Melayu beristiqamah mempertahankan dan memelihara maruah dan kesucian agama Islam,Diri,Keturunan,Harta Benda dan Tanah Air,dimana setiap warga Melayu ia warisi secara berhak dari Allah dengan Allah atas lidah RasulNya Baginda Nabi Muhammad S.A.W.

Berdiri teguh dengan kenyataan dan ketetapan yang diambil berdasarkan perkara berikut:

a)Bahawasanya kalimah ALLAH itu ialah nama khas yang dituju kepada Zat yang berdiri pada zatNya,sifatNya dan perbuatanNya sahaja adaalh hak mutlak bagi umat Islam sahaja beribadah dan menjadi tumpuan sekalian makhluk memohon sebarang hajat.

b)Kerana kalimah ALLAH itu nama khas dan bukan nama am,maka haram mutlak penggunaan secara rasmi atau tidak rasmi samada dalam bentuk penulisan,perkataan atau bahasa isyarat oleh orang-orang bukan Islam disemua tempat dan masa.

c)Berdasarkan Dalil Naqli adalah diingatkan kepada umat Islam bahawasanya ALLAH tidak sama dengan Tuhan orang-orang Yahudi,Kristian dan bukan Islam.Yahudi dan Kristian bukan Ahli Kitab atau agama Samawi.Jika sabit menyamai anatara keduanya pada hati,lidah dan anggota umat Islam dengan yang demikian itu adalah murtad yang menhendaki Riddah(iaitu dipaksa patuh tunduk menyerah kembali dirinya menerima agama Islam serentak melaksanakan apa-apa suruhan yang dibawa Rasulullah S.A.W dan meninggalkan apa-apa larangannya)

Warga Melayu disemua peringkat telah mengambil ketetapan yang sama di atas hak kehambaannya menyatakan pendirian tegas mengharamkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dengan persediaan yang ada cukup bagi kami memelihara,mempertahankan,menjaga dan mengawal kesucian agama Islam dan kedaulatan Kerajaan Yang Dipertuan Agong Malaysia dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dengan harta dan diri pada bila-bila masa.

Kata-kata Hikmah:

Agama Islam Lahir Melayu # Nobat Sultan Raja Melayu
Raja Melayu Bapa Melayu # Anak Melayu Warga Melayu


الملا يوية نسبة ألى ملايو هم جيل أى صنف عظم من الناس

Nisbah kepada bangsa melayu itu ialah Kelompok keturunan manusia Agong.

rujuk kitab hadiqatul azhar wa rayahin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan