Isnin, 29 Mac 2010

A Firdaus M Taib Apa beza tauhid rububiyyah, tauhid uluhiyyah & tauhid asma' wal sifat yang dalam kita perisai bagi sekalian mukallaf dengan tauhid 3 yang diajar oleh wahhabi...? Harap dapat huraikan...

Tauhid Rububiah, Uluhiah dan asma' wa sifat diperkenalkan oleh Ibunu Taimiah pada sekitar tahun 700 hijrah. Mereka beriktiqad orang kafir beiman ( tauhid rububiah) namun syirik di dalam Tauhid Uluhiah.

Pengasingan Tauhid ini tidak pernah berlaku di zaman Rasulullah s.a.w dan para sahabat.

Manakala tauhid yang dinisbahkan kepada Syeikh Abu Hassan As Sya'ari ialah kaedah sifat 20 yang menghuraikan.... Lihat seterusnya..

1. Diri Allah bersifat nafsi iaitu wujud.
2. Diri Allah bersifat Salbi, iaitu sifat yang menafikan sesuatu yang tidak layak bagi Allah, 5 sifat.
3. Diri Allah bersifat ma'ani, 7 sifat yang tidak ada kerana dengan suatu kerana yang berdiri pada zat.
4. diri Allah bersifat ma'anawiah,7 sifat yang berdiri pada zati yang mempunyai ehwal disabitkan kepada sifat ma'ani. Atau kenyataan bagi sifat ma'ani.

Sifat 20 ini mengembalikan hamba kepada mengesakan Allah tanpa berkompromi kepada mereka yang syirik dengan Allah.

Mereka yang tidak tahu sifat 20 iman mereka termasuk kepada iman taqlid. Maka, hukum mempelajarinya kepada sekalian mukallaf ialah fardhu ain.

2 ulasan:

  1. Nampaknya soalan mula2 skali kat atas tu x terjawab..?

    BalasPadam
  2. "Tauhid Rububiah, Uluhiah dan asma' wa sifat diperkenalkan oleh Ibunu Taimiah pada sekitar tahun 700 hijrah. Mereka beriktiqad orang kafir beiman ( tauhid rububiah) namun syirik di dalam Tauhid Uluhiah."

    Pengasingan Tauhid ini tidak pernah berlaku di zaman Rasulullah s.a.w dan para sahabat.

    bagaimana dengan sifat 20...pernaah berlaku di zaman rasulullah dan sahabat,......?

    BalasPadam